Thursday, October 6, 2011

Motosikal Momos Madass 125

 

 

 




Awal Mac baru2 ni kumpulan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd (Momos) telah melancarkan produk baru mereka iaitu Madass 125. Motosikal yang agak pelik dari kebiasaan yang ada di Malaysia.

Hasil adaptasi teknologi Jerman yang dibawa masuk dari China ini dipasang dan dipasarkan di negara kita. Sejauh mana teknologi inovatif mereka ini boleh memikat jiwa peminat2 motosikal di negara kita belum tahu lagi.

Namun Mofaz mensasarkan 3000 unit penjualan untuk peringkat permulaan pelancaran Madass 125. Presiden Mofaz En. Mohamed Fauzi abdul Hamid memberitahu Madass 125 sesuai untuk semua peringkat umur.

Betul apa yang diperkatakan namun sesuai dengan jiwa setiap peringkat umur belum tentu lagi beb. Citara rasa dan kesesuaian memang berbeza.

Walauapapun syabas Momos kerana memeriahkan arena permotoran pada masa ini. Madass dibekalkan enjin 125cc 4 lejang dan mampu bergarak sejauh 35km dengan setiap liter petrol. Wow jimat!

Spesifikasi Momos Madass 125
Engine type: Air-cooled Single
Displacement: 124cc
Claimed Power: 11 hp
Claimed Torque: 6 lb-ft @ 7500 rpm
Front suspension: 43mm fork
Rear suspension: Monoshock with adjustable spring preload
Front brake: 260mm disc
Rear brake: 210mm disc
Tires Front: 90/90-16
Tires Rear:120/80-16
Seat Height: 33.7 inch
Length: 72.4 inch
Width: 29.9 inch

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...